Sunday, October 3, 2010

Apa itu Aperture, Shutter Speed dan ISO?


2:32 PM |



Aperture - (f/x) @ f-number

Aperture dalam bahasa mudahnya adalah kadar bukaan cahaya yang mengawal kemasukan cahaya, terus kepada image sensor atau kepada filem. Semakin besar kadar bukaan tersebut, semakin banyak cahaya yang dipantulkan dan di'capture' oleh image sensor @ film dan begitulah sebaliknya. Dalam dunia fotografi, aperture dikenali dengan simbol f sebagai contoh f/2.8.

Kadar bukaan yang besar (kemasukan cahaya yang banyak) selalunya mempunyai nombor aperture yang kecil. Sebagai contoh, f/5.6 lebih besar aperturenya berbanding f/32. Apa gunanya mengawal aperture?

Mengawal aperture atau kadar bukaan cahaya ini mampu menghasilkan gambar yang lebih menarik. Sebagai contoh:


f/5.6 wide aperture and fast shutter speed
f /32 - narrow aperture and slow shutter speed

Sekarang anda dapat lihat bagaimana aperture memainkan peranan yang besar pada setiap gambar yang di'capture'.


Shutter Speed - 1/xxxs .

Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter ditutup apabila sesuatu image di'capture'. keadaan ini menentukan berapa lama image terdedah kepada cahaya. Semakin laju shutter speed (fast shutter speed), semakin 'sharp' image yang di'capture.' Semakin perlahan shutter speed (slow shutter speed), semakin 'blur' image yang di'capture'.

Shutter speed juga memainkan peranan penting semasa menangkap gambar. Jadi, apakah mekanisma yang mengawal shutter speed? Shutter speed ditentukan dalam unit per saat (per second). Sebagai contoh, 1/1000s dan 1/500s. Shutter Speed 1/1000s adalah lebih laju berbanding shutter speed 1/500s. Kebolehan menukar shutter speed ini boleh membuatkan gambar yang di'capture' lebih menarik. Sebagai contoh, mengambil gambar objek yang sedang bergerak memerlukan shutter speed yang laju untuk menghasilkan image yang lebih sharp manakala mengambil gambar air terjun dengan menggunakan shutter speed yang perlahan boleh menghasilkan efek 'blur' pada air tersebut. Hal ini boleh membuatkan gambar yang diambil lebih menarik dipandangan mata. Contohnya:


Lihat bagaimana shutter speed boleh memainkan peranan


Contoh gambar yang diambil menggunakan slow shutter speed
Contoh gambar yang diambil menggunak Fast Shutter Speed



ISO


ISO telah lama diaplikasikan dalam dunia fotografi sejak zaman SLR lagi (kamera yang menggunakan filem). Teringat saya pada zaman 90-an dulu di mana kotak-kotak kodak mempunyai nombor yang bertulis 100, 200, 400 dan 800. Jika disuruh untuk membeli Film Kodak, ISO 800 akan sentiasa menjadi pilihan kerana pada kotak fikiran saya ketika itu, semakin besar no. yang dipaparkan, semakin bagus filemnya. Ternyata andaian itu meleset. ISO sebenarnya merujuk kepada sejauh mana sensitifnya sesuatu film itu terhadap cahaya. Semakin besar nombor ISO yang dipaparkan semakin sensitiflah ia terhadap cahaya dan semakin banyak grain (noise) pada image yang di'capture'.



Keadaan yang sama juga diaplikasikan pada dunia fotografi digital, terutama pada kamera DSLR. Pada kamera DSLR , ISO ditentukan untuk mengukur betapa sensitifnya Image Sensor terhadap cahaya . Prinsip yang sama seperti kamera film, semakin kecil nombor ISO, semakin kurang sensitif image sensor terhadap cahaya dan semakin kecil grain yang di'capture'. Tetapi apa beza pada kamera DSLR ialah kadar ISO boleh dinaikkan sehingga 3200 pada sesetengah kamera dan ada yang menjangkau 6400?

Perbezaan grain (noise) yang dihasilkan oleh ISO 100 disebelah kanan dan ISO 3200 disebelah kiri.


Sekarang anda telah mengetahui apa itu Aperture,Shutter Speed dan ISO. Pada entri yang akan datang, saya akan menceritakan bagaimana mengambil gambar yang bagus dengan menggunakan kombinasi ketiga-tiga elemen yang telah dinyatakan.


You Might Also Like :


9 comments:

apit mattoari said...

ilmu yang berguna untuk saya yang baru menceburi bidang ini :)

Jazmaine Zulaikha said...

Best entri ni. Mudah faham dan 'straight forward' dengan sokongan gambar.

Marcel Brillian said...

NICE , saya belajar banyak bung. walaupun bukan fotografer, saya juga harus belajar mengenai teknik foto , maklum sudah jadi trend

Irah Fahrina said...

thanks..senang nk faham :)

adeedz Raganata said...

thanks om..

ClickBOY said...

Thanks

Dafitrah Lintar said...

bermanfaat sekali

Khairi Suleiman said...

tq..good for dummies like me. :-)

uchiha drandon said...

Thank you so much.

Post a Comment